Original atau Tiruan



COACH ada lah pengeluar beg tangan yang berkualiti tinggi. Bag syarikat amat cenderung memilih bahan yang sangat baik, mengandungi reka bentuk yang exsklusif dan nilai harga yang tinggi. Ramai pembeli mencari bag coach murah di "Online" atau dari penjaja tepi jalan kerana beli di kedai bag amat lah mahal harganya. Jika anda membeli bag coach murah diluar jangkaan, maka anda perlu memeriksa ketulenannya. Kadang-kadang bag tiruan nampak asli disebahagian bag, tetapi jika anda memeriksa secara terperinci anda akan dapat mengenalpasti samada bag coach itu tiruan atau pun asli.

Untuk membezakan antara Original/Authentic Coach & Bukan Original (fake) :-
1. Coach kebiasaannya menggunakan signature 'C' untuk sebarang keluaran begnya.
C akan lurus dan dibarisi dengan sempurna diseluruh bag, mereka pergi beratur ke "CENTRE" untuk mendapatkan jahitan seperti itu. Jika bentuk huruf C itu bengkok atau tidak mempunyai pola yang sama itu besar kemungkinan Coach bag palsu, bag juga tidak mempunyai apa-apa tanda seperti O,G atau Q.

2.Setiap susun atur 'C' pada Coach tidak ori (fake) hanya memaparkan satu/single corak 'C' untuk setiap arah. Tetapi untuk Coach ori ianya melibatkan dua/double corak 'C' bagi setiap arah.

3.Tag berlogo Coach (yang biasanya ada rantai besi bersambung padanya) untuk Coach ori, ianya mestilah sepadan dengan warna beg Coach tersebut dan bukan diperbuat dari plastik keras. Malah logo Coach yang dipamerkan padanya juga adalah timbul (stamped) dan bukan sekadar dicop pada bahagian atasnya. Walaubagaimanapun ada sesetengah beg Coach tidak disertakan sekali dengan tag logo ini mengikut design tertentu, jadi kenalah buat research/kajian mengenai beg yang anda inginkan sebelum membelinya.

4. Nombor siri (serial number) untuk setiap beg Coach yang ori ada dipaparkan di bahagian dalam beg Coach, yang penting anda kena pastikan terdapat 4 nombor selepas tanda sengkang/dash. Tulisannya juga hendaklah berhuruf besar, timbul

5. Selain itu, anda  boleh menilai sendiri bagaimana rupa beg Coach yang tak ori (fake) berdasarkan pada kekemasan jahitannya, keadaannya yang tidak kukuh/tegap, pengunaan material yang murah, terdapat lebihan gam pada bahagian tertentu dan gaya beg itu sendiri yang tidak memaparkan ciri-ciri original .

Akhir sekali , bershoppinglah secara bijak. At least, bila beli barang yang ori tu kita tahu kualiti dia boleh tahan bertahun-tahun. Daripada melabur beli yang fake, lepas tu pakai tak sampai 2 bulan dah tertanggal. Baik kumpul duit beli yang ori, at least puas hati. Betul tak?

Tiada ulasan:

Catat Ulasan